Product Care & Tips

A. CARA-CARA MEMBASUH TUDUNG YG LUNTUR WARNA

Untuk sesetengah tudung (terutama yg berwarna gelap), warna body / awning mungkin akan luntur dan terkena kepada bahagian lain ketika dibasuh dan dijemur. Ini tidak bermakna warna akan terus luntur sehingga pudar, namun warna luntur kerana lebihan pewarna hasil dari proses pewarnaan tekstil di kilang. Jadi anda tidak perlu risau kerana biasanya selepas beberapa kali basuhan warna tidak akan luntur lagi :)

Kami ingin kongsikan cara-cara untuk membasuh tudung sebegini:

1. Basuh dlm baldi dgn air yg banyak. Sekiranya tudung luntur anda akan dapat lihat warna air berubah di dalam baldi. Jangan campurkan dgn pakaian @ tudung lain sekiranya warna luntur.

2. Perah tudung menggunakan tangan (kecuali bahagian awning).

3. Masukkan tudung ke dalam mesin basuh utk dikeringkan. Gunakan mesin basuh muatan atas (top loading). Kemudian pilih proses SPIN sahaja. PERINGATAN: Jangan campurkan tudung dgn pakaian lain, hanya spin tudung sahaja. Anda boleh spin 3-4 helai tudung pada satu masa (bergantung kepada saiz mesin basuh) namun seeloknya susunkan tudung di dasar mesin basuh supaya tudung tidak tersepit atau bergulung dgn tudung yg lain. Pastikan bahagian awning tidak tersepit utk memastikan awning tidak rosak ketika proses spin.

4. Setelah selesai, anda boleh jemur tudung seperti biasa - jangan jemur di bawah panas matahari ya :)

PENERANGAN:

 
 
Powered By OpenCart
Imani Collections © 2017