Terms & Conditions

A. PEMBAYARAN & PENGHANTARAN

  1. Penghantaran hanya akan dibuat selepas pembayaran penuh diterima. Pelanggan runcit dan dropship perlu membuat pembayaran dalam tempoh dua (2) hari, manakala pelanggan borong dalam tempoh 24 jam sahaja.
  2. Jika pembayaran tidak diterima dan dimaklumkan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Imani Collections berhak membatalkan pesanan.
  3. Pihak Imani Collections tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang pesanan yang disebabkan oleh kecuaian pihak kurier.

B. PENUKARAN BARANG

Sekiranya anda ingin menukar barang yang dibeli sila hubungi kami dengan segera. Sebarang penukaran tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Tag harga masih belum ditanggalkan.
2. Barang yang ingin ditukar perlu dipos semula kepada kami menggunakan POSLAJU @ servis kurier dalam tempoh 5 HARI BEKERJA sahaja selepas penerimaan.
3. Kos pos pergi dan balik akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli (KECUALI utk defective item akan kami tanggung sepenuhnya).
4. Penukaran perlu dibuat dgn nilai barang yg sama atau lebih mahal dgn bayaran tambahan.
5. Untuk defective item, penukaran harus dibuat dgn kod yg sama. Namun sekiranya kod yg sama telah sold out, penukaran boleh dibuat dgn nilai barang yg sama atau lebih mahal dgn bayaran tambahan.

C. DISKAUN

Setiap pembelian menerusi laman web Imani Collections akan menerima diskaun sebanyak 6% untuk pelanggan runcit dan 3% untuk pelanggan borong. Untuk pelanggan borong, diskaun diberi berdasarkan harga borong. Pelanggan perlu login terlebih dahulu untuk melihat jumlah diskaun yg diterima di dalam shopping cart.

D. GST

Harga yg dipamerkan untuk setiap barang adalah harga sebelum caj GST 6%. GST akan dikira berdasarkan jumlah selepas diskaun dan sebelum kos pos. Caj GST akan ditunjukkan di dalam shopping cart dan tax invoice utk setiap pembelian. Nombor pendaftaran GST: 001140953088.

E. KEAHLIAN EJEN DROPSHIP

  1. Pendaftaran ejen dropship adalah percuma. 
  2. Ejen perlu membuat pembelian minimum sebanyak sepuluh (10) unit dalam tempoh sebulan.
  3. Sekiranya pembelian tidak mencapai jumlah minimum selama tiga (3) bulan berturut-turut, keahlian ejen dropship akan digantung.
  4. Bayaran sebanyak RM100 akan dikenakan untuk pendaftaran semula ejen yg telah digantung keahlian.
  5. Ejen dropship dibenarkan untuk menggunakan gambar-gambar di website ini bagi tujuan promosi dan pemasaran. Bagaimana pun, penggunaan WATERMARK adalah diwajibkan.
  6. Kadar diskaun yang diberi adalah antara 15-25% bergantung kepada koleksi.
  7. Pihak Imani Collections berhak meminda kadar diskaun dari masa ke semasa.

F. PEMBELIAN SECARA BORONG

  1. Untuk membeli secara borong, pelanggan perlu mendaftar di bawah kategori “WHOLESALE”
  2. Bagi mendapatkan harga borong, pelanggan perlu membuat pembelian minima sebanyak 10 helai dalam satu transaksi. Kombinasi tudung/baju/skirt/seluar bagi mencapai jumlah minima adalah dibenarkan.
  3. Pihak Imani Collections berhak membatalkan pesanan yang tidak mencapai jumlah minima.
  4. Pelanggan borong dibenarkan untuk menggunakan gambar-gambar di website ini bagi tujuan promosi dan pemasaran.
  5. Kadar diskaun yang diberi adalah antara 20-35% bergantung kepada koleksi.
  6. Pihak Imani Collections berhak meminda kadar diskaun dari masa ke semasa.

G. REWARD POINTS

  1. Reward points hanya diberikan utk pelanggan runcit (RETAIL CUSTOMER) sahaja.
  2. TIADA reward points akan diberikan ketika SALE berlangsung, dan TIADA reward points utk produk di bawah kategori CLEARANCE / HARGA KOMBO.
  3. Setiap kali anda menggunakan (redeem) reward points, TIADA reward points akan diberi untuk transaksi tersebut. Oleh itu sila pastikan anda mengggunakan reward points pada masa yg sesuai, contohnya bila nilai reward points lebih kurang sama dgn nilai barang yg hendak dibeli.
  4. Sila rujuk link berikut utk cara-cara menggunakan reward points:

CARA-CARA MENGGUNAKAN REWARD POINTS

 

 

Powered By OpenCart
Imani Collections © 2017