Product Care & Tips

TIPS UNTUK MEMBASUH TUDUNG

Untuk sesetengah tudung (terutama yang berwarna gelap), warna body / awning mungkin akan turun warna dan terkena kepada bahagian lain ketika dibasuh dan dijemur. Ini berlaku kerana lebihan pewarna hasil dari proses pewarnaan tekstil di kilang. Anda tidak perlu risau warna pudar kerana biasanya selepas beberapa kali basuhan warna tidak akan turun lagi.

Kami ingin kongsikan cara-cara untuk membasuh tudung sebegini:

  1. Basuh dalam baldi dengan air yang banyak. Sekiranya warna turun anda akan dapat lihat warna air berubah di dalam baldi. Jangan campurkan dengan pakaian/ tudung lain sekiranya warna turun.
  2. Perah tudung menggunakan tangan (kecuali bahagian awning).
  3. Masukkan tudung ke dalam mesin basuh untuk dikeringkan. Gunakan mesin basuh muatan atas (top loading). Kemudian pilih proses SPIN sahaja. PERINGATAN: Jangan campurkan tudung dengan pakaian lain, hanya spin tudung sahaja. Anda boleh spin 3-4 helai tudung pada satu masa (bergantung kepada saiz mesin basuh), namun seeloknya susunkan tudung di dasar mesin basuh supaya tudung tidak tersepit atau bergulung dgn tudung yang lain. Pastikan bahagian awning tidak tersepit untuk memastikan awning tidak rosak ketika proses spin.
  4. Setelah selesai, anda boleh jemur tudung seperti biasa - jangan jemur di bawah panas matahari ya!

PENERANGAN:

  • Penggunaan air yang banyak ketika membasuh adalah supaya warna yang turun tidak melekat pada bahagian tudung yang lain.
  • Sesetengah jenis fabrik seperti denim / double cotton sangat lambat untuk kering sepenuhnya dan warna mungkin masih turun ketika dijemur. Jika hanya diperah dengan tangan, air yang mengalir mungkin akan terkena pada bahagian lain. Dengan menggunakan mesin basuh, ia akan lebih kering dan air tidak akan mengalir mengenai bahagian tudung yang lain.