Terms & Conditions

A. PEMBAYARAN & PENGHANTARAN

1. Penghantaran hanya akan dibuat selepas pembayaran penuh diterima. 
2. Pelanggan runcit dan dropship perlu membuat pembayaran dalam tempoh dua (2) hari, manakala pelanggan borong dalam tempoh 24 jam sahaja.
3. Jika pembayaran tidak diterima dan dimaklumkan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Imani Collections berhak membatalkan pesanan.
4. Pihak Imani Collections tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang pesanan yang disebabkan oleh kecuaian pihak kurier.

B. PENUKARAN BARANG

Sebarang aduan mengenai pesanan anda perlu dimaklumkan kepada kami dalam tempoh 7 HARI selepas pengeposan dibuat.

Sekiranya anda ingin menukar barang yang dibeli sila hubungi kami dengan segera. Sebarang penukaran tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Tag harga masih belum ditanggalkan.
2. Barang yang ingin ditukar perlu dipos semula kepada kami menggunakan POSLAJU atau servis kurier dalam tempoh 5 HARI BEKERJA sahaja selepas penerimaan.
3. Kos pos pergi dan balik akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli (KECUALI untuk barang rosak akan kami tanggung sepenuhnya).
4. Penukaran perlu dibuat dengan nilai barang yang sama atau lebih tinggi dengan bayaran tambahan. 
5. Untuk barang rosak, penukaran harus dibuat dengan kod yang sama. Namun sekiranya kod yang sama telah kehabisan stok, penukaran boleh dibuat dengan nilai barang yang sama atau lebih tinggi dengan bayaran tambahan.